Thursday, April 17, 2014

BULETIN MINGGUAN SKKBBA 1/2014

 MAKNA BAHAGIA…
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Disediakan oleh : Zaian b Sairan
Disunting dari Blog Genta Rasa milik Us Pahrol Mohd Joi.
*Buletin ini akan diterbitkan setiap hari Jumaat mengikut giliran guru dan kakitangan SKKBBA


Wednesday, April 16, 2014

Sekolah Kebangsaan Kampun Busut Baru Asli telah ditubuhkan pada tahun 1994. Terdapat tiga buah blok bangunan iaitu sebuah kantin, manakala dua buah blok lagi terdiri daripada blok A dan blok B.
Di bangunan Blok A menepatkan sebuah bilik darjah, stor peralatan pekerja, stor sukan dan tandas untuk murid lelaki serta murid perempuan. Manakala bangunan Blok B pula menepatkan sebuah pejabat, bilik guru besar dan bilik guru kanan bagi urusan pentadbiran sekolah. Terdapat juga sebuah bilik guru, bengkel kemahiran hidup, bilik SPBT, pusat sumber, bilik pemulihan dan tandas guru lelaki serta perempuan.

Di luar bangunan terdapat dua buah padang rumput, dataran kejat, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola tampar. Setakat ini dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik.

KOD SEKOLAH                   :   BBA 9207
NAMA SEKOLAH                :   SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG 
                                              BUSUT BARU ASLI
JENIS SEKOLAH                 :   SK (Asli)
GRED SEKOLAH                 :   SKM B
STATUS                             :   Beroperasi
PERINGKAT SEKOLAH       :   Pra Sekolah dan Rendah
JENIS BANTUAN                :   Sekolah Kerajaan
JENIS MURID                     :   Lelaki dan Perempuan
BAHASA PENGANTAR       :   Bahasa Melayu
SESI                                   :   Pagi
BILANGAN GURU               :  12 ORANG
PT/PPM/PAR                      :  3 ORANG
BILANGAN MURID             :  41 ORANG